...Peluang Menambah Pendapatan...

CaRiaN

Saturday, March 24, 2012

Bayan India Latino

Anak Bayan India Latino...

Untuk Di Jual...

Baru berusia 3 bulan....



BAYAN INDIA LATINO

Bayan India Latino

Untuk Di Jual...

Burung baru berusia setahun...

Tuesday, July 13, 2010

Seni Pikat Burung

Idea Kreatif Jadikan Laman Unggas Bertandang

KATA orang laman tidak lengkap jika tiada kicauan burung bagi menyemarakkan lagi suasana sekitar kawasan kediaman.. Bagi rumah di pinggir hutan atau di kawasan kampung, ini bukanlah masalah kerana kawasan sekitar masih lagi hijau yang menjadi habitat dan tempat burung mencari makan..

Sesetengah orang percaya kehadiran burung di laman membawa punca rezeki dan menghidupkan laman malah dapat membantu mengawal serangga terutama jenis yang menjadi pembawa penyakit seperti lipas, nyamuk dan lalat.. Burung juga membantu menghapuskan ulat beluncas yang suka makan daun serta telur semut hitam yang selalunya boleh menyebabkan dahan pokok mati..

Sebenarnya tidak kira di mana lokasi kediaman, usaha menarik unggas hadir di laman rumah bukan menjadi masalah kerana ada beberapa langkah yang boleh di ambil untuk memikat kehadiran burung... Antara cara untuk memikat burung ialah seperti tertera di bawah:

RUMAH BURUNG
  • Rumah burung ini boleh di bina sendiri menggunakan kayu atau bahan lain yang diletakkan di kawasan yang tinggi dan mudah dilihat unggas..
  • Untuk memikat burung bertandang, diletakkan makanan sebagai umpan.. Kebiasannya, rumah burung berbentuk seperti replika yang diperbuat daripada kayu dan anyaman rotan.. Jika kreatif, rumah burung boleh di bina sendiri menggunakan kayu lebihan, rotan atau tembaga..
  • Bagi mereka yang tidak tahu membina rumah burung , bolehlah membeli di kedai burung, kedai hiasan laman atau nurseri bunga.. Malah, kini sarang burung juga boleh didapati di kedai hiasan atau kraftangan seperti sarang burung tempua..
 BEKAS MAKANAN BURUNG
  • Mereka yang berminat untuk menarik kehadiran burung juga boleh meletakkan bekas makanan burung.. Bekas ini juga boleh didapati di kedai hiasan laman atau di bina sendiri  menggunakan dawai mata punai berbentuk silinder atau menggunakan balang kaca atau plastik.
  • Kebiasaanya bekas makanan burung berbentuk tiub atau saluran panjang tergantung tetapi kini ada pelbagai bentuk yang menarik seperti pinggan leper, mangkuk kecil, replika sarang burung, replika rumah mini dan terendak lampu mini..
  • Sesetengah bekas makanan dihiasi loceng kecil yang berbunyi apabila ditiup angin dengan pelbagai warna menarik serta serta disertakan dengan aksesori .. Warna yang lebih terang seperti merah dan kuning lebih mudah memikat burung bertandang dan singgah mencari makanan.. Kebanyakkan bekas makanan mempunyai lubang atau jejaring kecil dan mudah untuk burung memasukkan paruhnya ketika makan..
  • Seperti diketahui, kebanyakkan burung sukakan bijirin seperti biji bunga matahari, biji sawi, jagung dan padi.. Makanan yang diletakkan juga perlu sesuai jika mahu memikat unggas ke laman  kerana tidak semua burung atau serangga suka makanan yang ditawarkan. Oleh itu, sebaik-baiknya binalah wakaf atau pelantar khas atau buaian untuk menjadi tempat memerhatikan burung makan.. Seelok-eloknya bekas makan burung diletakkan di kawasan tinggi kerana unggas lebih tertarik makan di kawasan berkenaan berbanding di tanah..
TEMPAT MANDIAN BURUNG (BIRD BATH)
  • Dikenali sebagai pancuran air mini dan banyak didapati dalam seni taman zaman Roman kerana ia menjadi ciri utama laman berkenaan.. Begitu juga dalam laman berkonsepkan kedesaan Inggeris yang mana tempat mandian burung ini antara hiasan penting laman
  • Kini 'bird bath' boleh disuaipadan dengan pelbagai jenis konsep laman termasuk laman moden tetapi rekabentuknya disesuaikan mengikut ciri laman..
  • 'Bird bath" adalah pancuran berkaki mini yang diletakkan di tengah atau sudut laman atau sesetengah orang menjadikannya sebagai titik tumpu laman. Selain seramik, tempat mandian burung ini dibina daripada konkrit atau besi mengikut pilihan pemilik kediaman.. Namun jika 'bird bath' diletakkan di tengah laman disyorkan menggunakan daripada jenis seramik dan konkrit kerana lebih tahan lama berbanding besi..
  • Terkini, tempat mandian  burung juga diperbuat daripada plastik dan gentian kaca.. Kunjungi saja kedai menjual perhiasan taman jika anda tidak tahu memilih "bird bath' yang sesuai untuk laman.
  • Selain berfungsi sebagai tempat memikat burung bertandang bagi mandi dan minum, ia juga berfungsi sebagai penyeri laman .. Seeloknya belilah tempat mandian burung dengan air yang mengalir atau memancut kerana ia nampak lebih hidup dan semulajadi serta  lebih di gemari burung..
  • Tempat mandian burung daripada jenis ini juga lebih baik kerana tidak menyebabkan air bertakung yang menarik kehadiran jentik-jentik dan berudu.. Bina tempat mandian burung 5 hingga 10 kaki tinggi dari tanah dan letakkan binaan itu di sudut laman atau belakang rumah berhampiran bunga atau pokok bijiran atau buahan dan sayuran seperti cili dan selasih..
 POKOK

  • Cara paling mudah memikat burung adalah dengan menanam pokok buah-buahan di laman kediaman.. Ini kerana selalunya burung menjadikan buah-buahan makanan mereka selain menjadikan dahan pohon sebagai tempat membina sarang..
  • Satu lagi cara memikat burung terutama kelicap, tanam pokok yang berbunga di laman kediaman.. Jika boleh tanam pelbagai pokok berbunga dengan warna yang terang dan berbau wangi seperti mawar, melur dan calalily..

      Monday, July 12, 2010

      Burung Walet Jana RM5 Bilion


      KUCHING 15 Mac - Industri sarang burung walet di negara ini mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM5 bilion dengan pengeluaran 500 tan metrik setahun menjelang tahun 2020.

      Menteri Muda Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Talib Zulpilip berkata, untuk menghasilkan jumlah pengeluaran sebanyak itu, negara ini perlu mempunyai lebih 100,000 rumah burung itu dan Sarawak mempunyai potensi untuk tujuan berkenaan.

      Ini kerana, jelasnya, negeri ini mempunyai banyak kawasan berpotensi untuk memikat burung walet khususnya di sepanjang perairan Tanjung Datu hingga ke utara Sarawak iaitu di Lawas.
      ''Sarang burung walet dikatakan mempunyai khasiat dalam penjagaan kesihatan malah mempunyai pasaran tinggi di peringkat antarabangsa.

      ''Dengan potensi pasaran tersebut, kita berharap lebih ramai penduduk di negeri ini menceburi bidang memikat burung walet yang bukan hanya mampu meningkatkan ekonomi masing-masing bahkan kepada pendapatan negara," katanya.

      Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pemikatan Burung Walet di Dewan Masyarakat Sematan dekat sini hari ini.
      Talib berkata, pasaran utama sarang burung walet pada masa ini adalah seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan di samping pasaran domestik dalam negara.

      Katanya, keempat-empat negara tersebut mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mempercayai khasiat sarang burung walet dalam penjagaan kesihatan menjadikan mereka pengimport terbesar produk berkenaan.Tambahnya, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 250 tan metrik sarang burung walet daripada 50,000 rumah burung telah dihasilkan dengan nilai pendapatan sebanyak RM1 bilion bagi pasaran tempatan dan luar negara.

      ''Justeru, industri ini sememangnya memberi pulangan lumayan memandangkan harga sarang burung itu mengikut gred dengan harga tempatan RM4,500 hingga RM6,500 sekilogram manakala pasaran dunia pula menjangkau RM6,000 hingga RM12,000 sekilogram. ''Saya berharap rakyat di negeri ini mengambil peluang seumpama itu untuk mengusahakan tanah terbiar di sekitar kawasan masing-masing untuk menjalankan perniagaan sarang burung walet," katanya.

      Mengenai kursus anjuran SEDC tersebut, Talib memberitahu, ia disertai seramai 250 orang peserta berdaftar dari bahagian Lundu dan Sematan selama sehari. Menurutnya, tujuan kursus untuk memberi gambaran secara menyeluruh tentang industri burung walet kepada para peserta supaya mereka memahami peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam bidang ini.

      Sumber:Utusan Malaysia

      Sangkar MJ Penang

      Salam 1 Malaysia...  

      Di sini kami senaraikan pula GAMBAR dan HARGA  untuk Sangkar Merbah Jambul Penang yang ada di kedai kami.....



      HARGA  :  RM 65





      HARGA  :  RM 95




      HARGA  :  RM 130




      HARGA RM 180




      HARGA :  RM 1250




      HARGA  :  RM 1250
      (Hasil kerja tangan sendiri)


      Inilah antara Sangkar Merbah Jambul Penang yang ada di kedai kami... Sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkannya, silalah email atau hubungi kami di sini..

      Sekiranya anda mempunyai komen atau pertanyaan, sila tulis di ruangan comment yang tertera bawah.. TQ

      Wassalam


      Sunday, July 11, 2010

      Sangkar Burung

      Sangkar burung yang terdapat di kedai kami terdiri daripada pelbagai jenis.. Antaranya adalah:
      • Sangkar Terkukur
      • Sangkar Merbok 
      • Sangkar Murai Batu 
      • Sangkar Layang Terkukur 
      • Sangkar Merbah Jambul Penang dan Siam  

      Kepada penggemar sangkar burung yang disenaraikan di atas bolehlah berkunjung ke kedai kami.. 

      Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di sini...

                Saturday, July 10, 2010

                Gambaran Kedai MZ Lans Enterprise

                Salam.. Hai bertemu kita lagi... Seperti yang dijanjikan, kami telah pun khabarkan pada anda untuk meletakkan gambar kedai kami... Bagaimanakah rupanya? Bagaimanakah keadaanya? Besar ke? Kecik ke? dan bermacam-macam lagilah yang berlegar di kepala anda kan? hehe.. 

                So, di bawah inilah gambar kedai kami... 




















                Kedai kami betul2 berhadapan dengan Petronas Behor Temak.... kedai biasa ja.. kedai melayu yang baru setahun jagung memulakan perniagaan ini.. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.. Jangan lupa berkunjung ke kedai kami  sekiranya anda ingin mendapatkan apa yang anda mahu..

                Wassalam..



                   


                Free money making opportunity. Join Cashfiesta.com and earn cash.